Maklumat Menara

Menara Kuantan 188

Menara Kuantan 188 siap dibina pada 3 September 2019 adalah menara ikonik yang tertinggi di Pantai Timur dan kedua tertinggi di Malaysia.

Menara Kuantan 188 ini merupakan sebahagian daripada projek Kuantan Waterfront yang terletak di dalam perkarangan Laman Teruntum di mana ia membolehkan pelawat menikmati pemandangan keseluruhan Bandar Kuantan dari aras 92.0 meter hingga 104.0 meter serta pemandangan panorama Sungai Kuantan.

Konsep reka bentuk Menara Teruntum yang tegak dan profilnya yang tirus merujuk kepada struktur senjata melayu lama, iaitu lembing dan hujung bilah lembing, seperti yang terdapat pada Jata Negeri Pahang Darul Makmur manakala reka bentuk Anjung Menara berdasarkan inspirasi daun dan bunga pokok Teruntum Putih.

Konsep dan Reka Bentuk

  • Anjung Menara melambangkan kepelbagaian rakyat Kuantan dan penduduk Pahang secara amnya.
  • 5 tiang keluli yang disusun menjulang dan bersatu melambangkan lima teras Rukun Negara yang menyatupadukan lapisan rakyat dengan erat. 5 tiang besi juga melambangkan lima Rukun Islam.
  • Puncak Menara keemasan melambangkan Kedaulatan Kesultanan dimana rakyat dan agama bersatu dan setia di bawah naungan KDYMM Tuanku.
    • Reka bentuk Mercu Teruntum yang tegak dan profilnya yang tirus merujuk kepada struktur senjata Melayu lama, iaitu lembing dan hujung bilah lembing, seperti yang terdapat pada Jata Negeri Pahang Darul Makmur.
    • Reka bentuk Anjung Menara berdasarkan inspirasi daun dan bunga pokok teruntum putih.